E-tunai 2023 : Tarikh Pemberian bantuan percuma bernilai RM100 yang boleh ditebus telah diumumkan pada bulan Disember ini. Untuk makluman umum, ini merupakan inisiatif bantuan terakhir yang akan dilaksanakan pada tahun 2023.

E-TUNAI 2023 : TARIKH PEMBERIAN BANTUAN

Seperti sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan bantuan e-tunai RM100 untuk kategori dewasa. Inisiatif ini buat pertama kalinya diberikan kepada golongan dewasa berbanding sebelum ini hanya untuk belia mahasiswa.

Atas dasar keprihatinan kerajaan persekutuan, mereka bersetuju untuk memberi manfaat kredit e-wallet ini kepada rakyat yang berumur 21 tahun. Inisiatif istimewa ini bakal memberi manfaat kepada sekitar 10 juta penerima yang merangkumi kumpulan B40 dan M40.

Objektif utama perlaksanaan program pemberian bantuan khas ini adalah meringankan beban serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Dijangkakan bantuan khas e-tunai ini akan dilancarkan pada pertengahan bulan hadapan (Disember) boleh ditebus secara one-off.

KELAYAKAN E-TUNAI 2023 & TARIKH PEMBERIAN

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kredit e-tunai RM100 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 21 tahun dan ke bawah (2023)
  • Pendapatan tahunan dibawah RM100,000
  • Golongan dewasa berada dalam kategori B40 & M40

Tarikh pemberian e-tunai : Disember 2023 (Jangkaan petengahan bulan)

CARA CLAIM KREDIT E-TUNAI 2023

Mereka yang berkelayakan boleh daftar, tebus dan gunakan kredit e-wallet tersebut melalui aplikasi e-dompet yang terlibat. Antara aplikasi e-wallet yang ada seperti Touch N Go ewallet, Grabpay, Bigpay, Shopeepay, Setel, Boost dan sebagainya.

Program khas ini akan dilancarkan sama seperti bantuan eBeliaRahmah pada bulan Jun lalu. Cara tebus dan aplikasi e-dompet yang terlibat akan dimaklumkan pada bulan hadapan.

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan istimewa ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk semakan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Selain e-tunai, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

The post E-Tunai 2023 : Tarikh Pemberian Bantuan RM100 Disember Ini appeared first on Carianterbaru.