SARA 2024 : Bantuan Tambahan berjumlah RM1,200 akan dikreditkan bermula bulan hadapan kepada penerima STR yang layak. Untuk pengetahuan umum, kerajaan telah bersetuju untuk terus laksanakan pemberian insentif tambahan ini pada tahun 2024.

SARA 2024 : BANTUAN TAMBAHAN RM1,200

Program pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA ini adalah merupakan insentif tambahan yang diberikan kepada penerima STR. Pada tahun 2023, insentif tambahan SARA ini hanya diberikan pada kada RM600 kepada kategori miskin tegar.

Apa yang menarik adalah bagi tahun 2024, jumlah bayaran akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600. Bantuan khas ini juga telah diperluaskan dan akan melibatkan lebih ramai penerima bagi tahun depan.

Bantuan SARA 2024 akan memberi manfaat kepada sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bagi tahun hadapan, kategori bujang, warga emas dan isi rumah juga akan dapat manfaat dari insentif tambahan ini.

MANFAAT BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024

Dengan adanya insentif tambahan ini, penerima STR boleh meringankan beban dengan nilai bantuan yang diberikan mengikut kelayakan. Amaun insentif SARA ini diberikan bukan dalam bentuk tunai, ia dikreditkan ke dalam mykad dan boleh digunakan dengan membelanja di pasaraya berdaftar.

Selain membantu meringankan beban, insentif istimewa ini juga dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai melalui mykad. Kadar yang diberikan adalah RM100 sebulan bermula Januari sehingga Disember 2024 (tempoh selama 12 bulan).

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SARA 2024

Untuk makluman, inisiatif ini tidak perlu mohon dan ia diberikan secara automatik berdasarkan kelayakan. Beberapa kriteria syarat kelayakan bantuan SARA yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
  • Kategori isi rumah miskin tegar, isi rumah, bujang dan warga emas
  • Tersenarai dalam data maklumat ekasih

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2024

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan sama ada berkelayakan atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

The post SARA 2024 : Bantuan Tambahan RM1,200 Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.