Permohonan Bantuan Lesen Memandu percuma bagi sesi tahun 2024 kini telah dibuka dan boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman, inisiatif khas ini ditawarkan kepada warganegara sahaja dan kuota adalah terhad.
PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU (MYLESEN)
Pihak kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan program MyLesen B2 pada tahun ini.
Atas keprihatinan kerajaan, program istimewa ini akan terus dilaksanakan pada tahun 2024 dengan melibatkan kuota penyertaan terhad berjumlah 35,000. Permohonan akan ditutup setelah kuota penyertaan telah dipenuhi.
Program khas ini masih diteruskan adalah bagi membantu golongan B40 dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen memandu jenis motorsikal (B2) percuma. Dengan adanya inisiatif khas ini dapat menaiktaraf kehidupan mereka dan membuka lebih banyak peluang bagi menjana pendapatan.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU
Beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program Mylesen B2 adalah seperti berikut :
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Sihat tubuh badan (Fizikal dan mental)
- Berumur 16 tahun dan keatas
- Tidak memiliki sebarang jenis lesen memandu
- Bebas daripada senarai hitam (PDRM, JPJ dan Mahkamah)
- Penerima bantuan kerajaan seperti eKasih, zakat, baitulmal, JAKOA, JKM, LHDN dan golongan B40
- Anak/ tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon.
KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM MYLESEN B2 (TAHUN 2024)
- Dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan kad lesen memandu kelas B2 jenis motorsikal
- Menggalakkan serta memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang
- Dengan menyertai program ini dapat meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan lesen memandu.
PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN LESEN (MYLESEN B2)
Untuk pengetahuan umum, program khas bantuan lesen ini adalah terhad kepada 35,000 penyertaan sahaja. Panduan cara mohon telah disediakan, sila muat turun borang di pautan rasmi MyLesen B2 – DI SINI
Jika mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program mylesen ini, boleh kemukakan di alamat emel [email protected] atau hubungi di talian 03-8892 8714/ 8693.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.
The post Permohonan Bantuan Lesen Memandu Tahun 2024 : Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.