Bantuan Khas RM100 – RM350 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah ditawarkan pada tahun ini kepada mereka yang memerlukan. Untuk sedia maklum, program istimewa ini adalah salah satu insentif yang ada dalam skim bantuan kebajikan.

BANTUAN KHAS RM100 – RM350 SEBULAN

Ramai yang terlepas pandang berkaitan inisiatif yang ditawarkan secara bayaran setiap bulan berjumlah RM350 ini. Kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan satu insentif yang dikenali sebagai bantuan am negeri.

Objektif utama perlaksanaan bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan dan berkelayakan. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN KHAS (BULANAN)

Bagi kadar jumlah bayaran bantuan am persekutuan, kadar ditetapkan adalah minimum RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk satu keluarga. Bagi kadar bayaran bantuan am negeri pula adalah berdasarkan negeri masing-masing yang dimohon.

KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM100 – RM350

Berikut adalah syara-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi mendapatkan manfaat insentif secara bulanan ini seperti dibawah :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di negeri-negeri berkaitan
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kategori yang memerlukan dan isi rumah/ keluarga miskin yang tidak diliputi oleh skim bantuan dibawah mana-mana bantuan lain.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN KHAS (AM)

Jika anda menepati kelayakan dan kurang berkemampuan, permohonan boleh dikemukakan selagi masih dibuka. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan khas ini. Anda boleh hubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 pada waktu bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada waktu ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

The post Bantuan Khas RM100 – RM350 Sebulan : Panduan Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.