Program Rumah PPR 2023 : Kepada seluruh rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan kini boleh kemukakan permohonan. Untuk makluman, kemudahan inisiatif khas ini kini dibuka kepada mereka yang masih belum memiliki rumah.

PROGRAM RUMAH PPR 2023

Program perumahan rakyat atau lebih dikenali sebagai (PPR) telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan masih terus dilaksanakan pada tahun ini. Inisiatif ini merupakan sebuah program bagi penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat yang didiami.

Projek PPR ini terbuka kepada golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah seluruh Malaysia. Program istimewa untuk memberi manfaat kepada rakyat ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Perumahan Negara.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi yang melaksanakan bagi projek-projek rumah PPR di seluruh negara. Apa yang menarik adalah semua jenis rumah kendalian projek PPR akan menggunakan spesifikasi perangan dan rekabentuk yang ditetapkan dalam standard perumahan.

KATEGORI PROGRAM RUMAH PPR

Seperti sedia maklum, terdapat dua (2) jenis kategori yang ditawarkan dalam skim program PPR seperti berikut :

PPR UNTUK DIMILIKI (DIDIAMI)

  • Harga seunit (Kawasan semenanjung) : RM35,000
  • Harga seunit (Kawasan Sabah dan Sarawak) : RM42,000

PPR UNTUK DISEWA

  • Bayaran bulanan serendah : RM124

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PPR

Beberapa kriteria syarat kelayakan telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mohon rumah PPR seperti dibawah :

  • Berumur 18 tahun dan keatas (Semasa permohonan)
  • Pemohonan dan pasangan berstatus Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon belum pernah memiliki rumah sendiri
  • Mematuhi syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri masing-masing.

PANDUAN CARA MOHON RUMAH PPR

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan inisiatif bantuan rumah PPR ini. Panduan lengkap cara mohon secara online telah disediakan, sila layari laman rasmi PPR TEDUH KPKT – DI SINI

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui lebih terperinci berkenaan rumah PPR, sila hubungi talian khas yang tertera di laman rasmi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Program Rumah PPR 2023 : Semak Kelayakan & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.