eRebat : Pemberian Bantuan RM400 dalam bentuk baucar ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini melalui program SAVE 4.0. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa ini memberikan manfaat kepada pengguna dengan tawaran yang disediakan.

EREBAT : PEMBERIAN BANTUAN RM400 (SAVE 4.0)

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) adalah merupakan program yang menawarkan pemberian eRebat berjumlah RM400. Perlaksanaan program ini telah memasuki edisi ke 4 bagi memberi manfaat kepada pengguna.

SAVE 4.0 adalah kesinambungan daripada program terdahulu yang telah dilancarkan iaitu SAVE 1.0, 2.0 dan 3.0. Kementerian sumber asli, alam sekitar dan perbahan iklim (NRECC) telah melancarkan program ini yang melibatkan peruntukan sekitar RM50 juta.

Pihak SEDA menawarkan pemberian erebat sehingga RM400 kepada rakyat Malaysia untuk pembelian barangan seperti penyaman udara dan peti sejuk. Barangan yang berlabel cekap tenaga 4 dan 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

KELEBIHAN PEMBERIAN EREBAT RM400

Tujuan utama dan lebihan yang boleh didapatkan dalam menyertai program SAVE 4.0 ini adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan kesedaran orang awam bagi menggalakan pengguna membeli barang peralatan cekap tenaga yang menjimatkan penggunaan elektrik.
  • Menambahkan jumlah jenis peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 dan 5 bintang di pasaran
  • Pengguna dapat manfaat pemberian erebat sehingga RM400 daripada SEDA.

KELAYAKAN DAPATKAN PEMBERIAN EREBAT RM400

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan pemilik akaun elektrik tarif (domestik) yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti (TNB), (SESB) Sabah dan (SEB) Sarawak
  • Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga (4 atau 5) bintang
  • Satu akaun bil elektrik hanya layak untuk mohon 1 kali erebat bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan.

TARIKH PERLAKSANAAN PEMBERIAN EREBAT

Bagi pengetahuan umum, tempoh perlaksanaan program khas SAVE 4.0 ini telah ditetapkan selama setahun bermula Disember 2023 sehingga Disember 2024. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan erebat sehingga RM400, untuk panduan tebus sila layari laman rasmi SAVE – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

The post eRebat : Pemberian Bantuan RM400 Untuk Rakyat Malaysia appeared first on Carianterbaru.