eMadani : Panduan Kemukakan Rayuan bagi mendapatkan kredit percuma ewallet bernilai RM100 telah disediakan. Untuk makluman, pemberian inisiatif khas ini akan dilancarkan sehingga 20 Februari tahun 2024.

EMADANI : PANDUAN KEMUKAKAN RAYUAN

Dalam beberapa minggu ini tular di media sosial berkenaan ramai pengguna yang tidak berjaya untuk tuntut kredit emadani RM100 one-off ini. Permohonan mereka yang ditolak oleh penyedia perkhidmatan edompet sebenarnya boleh kemukakan rayuan.

Mereka yang gagal untuk tebus kredit percuma ini boleh dikategorikan hanya kerana sebagai tidak cukup kriteria yang ditetapkan. Oleh perkara tersebut masih ramai yang menghadapi masalah untuk tebus kredit emadani ini.

Baru-baru ini pihak kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa setiap individu yang berkelayakan kini boleh membuat rayuan. Panduan kemukakan rayuan emadani mengikut aplikasi edompet pilihan telah disediakan dibawah.

PANDUAN KEMUKAKAN RAYUAN EMADANI – SETEL

Sekiranya anda menggunakan penyediakan ewallet setel, rayuan boleh dilakukan segera dengan mengemukakan ke [email protected]. Individu disyorkan menghantar maklumat tambahan untuk pengesahan rayuan.

PANDUAN RAYUAN EMADANI – TOUCH N GO

Kepada pengguna Touch N Go ewallet, permohonan rayuan boleh dikemukakan jika ditolak. Sila lakukan dengan mengemukakan permintaan dengan cara tekan ”eMadani” dan ”claim rejected” sebagai pilihan yang anda cari.

Mereka yang gagal tebus disarankan menyediakan lebih banyak butiran berkenaan penolakan permohonan emadani bagi memudahkan urusan semakan. Mengikut statistik, ramai yang berjaya tuntut kredit RM100 khas ini selepas rayuan dibuka.

FAKTOR TUNTUTAN EMADANI RM100 DITOLAK

Info : Permohonan tuntutan kredit emadani ini boleh ditolak jika butiran yang didaftarkan tidak memenuhi syarat. Antaranya seperti nama dan no KP dimasukkan tidak tepat atau pemohon tidak memenuhi keperluan sebagai rakyat Malaysia, usia serta kadar pendapatan.

Sesetengah permohonan ditolak kerana tidak rekod pelaporan cukai LHDN bagi tahun 2022. Namun jangan khuatir sekiranya berkelayakan tapi ditolak, anda boleh kemukakan rayuan mengikut saluran yang disediakan.

SEMAKAN PENUH EMADANI RM100

Kepada yang terlepas pandang atau ingin tahun butiran selengkapnya mengenai kredit eMadani RM100 untuk rakyat Malaysia ini. Sila layari laman rasmi kerajaan (Bantuan eMadani) – DI SINI

Tempoh perlaksanaan program khas ini adalah bermula 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

The post eMadani : Panduan Kemukakan Rayuan Dapatkan eWallet RM100 appeared first on Carianterbaru.