Pengeluaran Sebahagian KWSP 2024 kini dibenarkan kepada ahli yang memerlukan selagi menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada ahli.
PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP 2024
Untuk mereka yang terlepas pandang, sebenarnya pencarum boleh membuat pengeluaran melalui akaun 1 dan akaun 2 pada bila-bila masa selagi berkelayakan. Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bersetuju untuk terus menyediakan kemudahan istimewa ini kepada para pencarum pada tahun ini.
Pengeluaran secara sebahagian dan sepenuhnya boleh dilakukan untuk tujuan peribadi tertentu melalui akaun 1 dan akaun 2. E-pengeluaran khas KWSP ini boleh dikemukakan secara online sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP
Dibawah adalah beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi melakukan e-pengeluaran KWSP Sebahagian seperti berikut :
- Warganegara Malaysia atau berstatus penduduk tetap
- Ahli/ Pencarum KWSP
- Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun maksimum pengeluaran
- Kriteria syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau ke dalam akaun rakan strategik KWSP.
SENARAI JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP 2024
Setiap pencarum KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh membuat pengeluaran sebahagian untuk tujuan peribadi seperti dibawah :
- Pendidikan
- Rawatan kesihatan
- Umur 50 tahun
- Beli rumah
- Bina rumah
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman rumah
- Perumahan PR1MA
- Perumahan fleksibel
- Haji (Beragama Islam)
- Simpanan melebihi 1 juta
Diatas adalah merupakan senarai jenis pengeluaran bersyarat sebahagian yang boleh dilakukan pada tahun ini oleh ahli yang memerlukan.
PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN SEBAHAGIAN
Kepada yang berkeperluan, kemudahan ini memberi manfaat dan impak positif kepada ahli. Sebagai contoh anda membuat pengeluaran sebahagian untuk tujuan perumahan, ianya adalah merupakan aset penting bagi perancangan masa hadapan.
Epengeluaran KWSP ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada. Panduan lengkap cara pengeluaran telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Selain itu, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.
The post Pengeluaran Sebahagian KWSP 2024 : Untuk Yang Memerlukan appeared first on Carianterbaru.