Pemberian Bantuan Am 2024 adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan untuk membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Untuk makluman, pelbagai insentif telah diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.
PEMBERIAN BANTUAN AM TAHUN 2024
Pihak kerajaan telah melancarkan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif bantuan pada tahun ini yang boleh didapatkan selagi menetap syarat kelayakan. Jabatan Kebajikan Masyarat selaku agensi di bawah kerajaan telah menawarkan insentif melalui skim bantuan kebajikan.
Salah satu bantuan yang boleh dimohon sepanjang tahun ini adalah bantuan am negeri dan persekutuan. Inisiatif khas ini diberikan secara bulanan kepada pemohon yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan.
Pihak JKM dibawah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat merupakan pengendali sepenuhnya program istimewa ini. Dengan adanya insentif bantuan ini dapat membantu golongan terjejas meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti dengan lebih selesa.
KADAR PEMBERIAN BANTUAN AM 2024
Bagi pengetahuan umum, kadar bayaran bantuan bulanan am persekutuan adalah serendah RM100 seorang sehingga maksimum RM350 bagi satu keluarga. Manakala untuk bantuan am negeri pula kadar pemberian adalah bergantung kepada negeri masing-masing.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AM TAHUN 2024
Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi mendapatkan manfaat bantuan am ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Bermastautin di negeri-negeri yang berkaitan (Mengikut permohonan dikemukakan)
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
- Kategori golongan yang terjejas dan keluarga miskin yang tidak diliputi mana-mana skim bantuan yang lain.
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN AM
Kepada yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan telah disediakan, sila layari portal rasmi eBantuan JKM (BA) – DI SINI
Untuk pemohon yang lulus, kalian boleh membuat semakan pembayaran bantuan khas ini. Untuk semakan sila muat turun aplikasi eMaklum di telefon pintar anda.
MAKLUMAT LANJUT
Selain itu, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Pemberian Bantuan Am 2024 : Semak Kelayakan & Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.