Pemberian Bantuan Kewangan khas akan mula dikreditkan pada penghujung bulan depan iaitu Februari 2024 seluruh negara. Untuk sedia maklum, bantuan khas (BKK) ini adalah merupakan sumbangan insentif tambahan.

PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN KHAS

Pihak kerajaan perpaduan telah melaksanakan pelbagai jenis inisiatif pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat. Menerusi pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan terdapat pelbagai jenis insentif yang akan dilancarkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk.

Salah satu inisiatif sumbangan bantuan yang akan disalurkan tidak lama lagi adalah pemberian istimewa bantuan khas. Program yang dikenali sebagai bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam.

Pengagihan bantuan tunai ini akan melibatkan pembayaran insentif berjumlah RM1000 dan RM2000 secara sekaligus (One-off) kepada penerima yang layak.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KEWANGAN

Senarai penerima bantuan RM1000 adalah mereka yang berada dalam kategori pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Manakala bantuan RM2000 pula akan disalurkan kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak pada tahun ini.

Atas keprihatian kerajaan, pemberian bantuan diperkenalkan adalah bagi mengurangkan beban kepada golongan penjawat. Ini merupakan salah satu usaha kerajaan persekutuan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap para penjawat awam.

TARIKH BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN KEWANGAN

Berdasarkan makluman umum yang telah diucapkan Datuk Seri Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2024. Pembayaran bantuan khas ini akan diberikan selewatnya pada penghujung akhir bulan Februari nanti.

Pemilihan bulan dua tersebut adalah sempena persiapan persekolahan anak-anak dan sebelum menjelang bulan ramadan bagi umat islam. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban kos sara hidup pada tahun ini.

Bukan ini sahaja, dalam bajet Belanjawan 2024 kerajaan telah mengumumkan pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Ianya akan lebih memfokuskan kepada golongan sasar memerlukan iaitu kumpulan B40 dan miskin tegar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan yang ada pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

The post Pemberian Bantuan Kewangan RM2000 : Dikreditkan Bulan Depan appeared first on Carianterbaru.