SARA 2024 : Bantuan RM100 mula disalurkan pada Januari ini ke dalam Mykad penerima STR yang layak tanpa perlu kemukakan permohonan. Untuk pengetahuan umum, kerajaan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian inisiatif khas ini pada tahun 2024.
SARA 2024 : PEMBERIAN BANTUAN RM100 SEBULAN
Skim pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau SARA ini telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023. Insentif tambahan ini bukan dibayar secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad.
Program SARA ini merupakan sebuah inisiatif bantuan bakul dan baucar makanan yang boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar. Apa yang lebih menarik adalah bantuan istimewa ini bagi sesi tahun 2024 telah ditambahbaik.
Pemberian bantuan khas ini diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bukan itu sahaja, kategori bujang dan isi rumah juga akan mendapatkan manfaat SARA ini berbanding tahun lalu hanya diberikan kepada kategori miskin tegar.
JUMLAH KADAR PEMBERIAN BANTUAN SARA 2024
Seperti STR, bantuan khas SARA ini juga akan dikreditkan secara berperingkat sehingga hujung tahun 2024. Kadar jumlah yang akan disalurkan adalah RM1,200 untuk miskin tegar, RM300 untuk isi rumah B40 dan warga emas/ bujang RM150.
Pada bulan Januari ini, kategori miskin tegar akan diberikan pada kadar amaun RM100 sebulan sehingga Disember 2024. Bagi kategori lain akan dimaklumkan kelak berkenaan tarikh pengkreditan dilakukan.
PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2024
Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada penerima sedia ada STR pada tahun ini. Bagi semakan mengenalpasti anda layak atau tidak menerima insentif tambahan SARA ini boleh dilakukan secara online.
Untuk semak status kelayakan, sila layari laman rasmi MyKasih (SARA) – DI SINI
Buat masa ini hanya kategori miskin yang terima bantuan khas tambahan SARA ini. Selain dari itu akan diberitahu pada pengumuman seterusnya.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.
The post SARA 2024 : Bantuan RM100 Sebulan Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.