MySARA 2024 : Kategori Penerima bantuan tambahan asas rahmah telah diumumkan oleh pihak kerajaan bagi sesi tahun ini. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini akan diberikan kepada penerima STR yang menepati syarat kelayakan.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian Sumbangan Asas Rahmah pada tahun 2024. Insentif tambahan ini disalurkan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.

Apa yang menarik adalah pemberian bantuan tambahan SARA ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR berbanding tahun lalu hanya 210,000 penerima. Kategori penerima juga telah ditambah kepada golongan bujang warga emas, keluarga miskin.

Untuk makluman, insentif khas ini diberikan dalam bentuk e-tunai ke dalam Mykad secara bulanan penerima STR bagi negeri-negeri di semenanjung. Bagi penerima di kawasan negeri Sabah, Sarawak dan labuan pula, bantuan ini akan disalurkan 2 kali dalam tahun ini pada bulan Februari dan Ogos 2024 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN.

KADAR BANTUAN MYSARA 2024

Pihak kerajaan telah memaklumkan jumlah kadar pemberian bantuan khas SARA ini adalah seperti berikut :

  • Isi rumah/ berkeluarga : RM1,200
  • Warga emas tiada pasangan : RM1,200
  • Bujang : RM600

Bagi kategori isi rumah dan warga emas, pengkreditan RM100 secara bulanan bermula Januari sehingga Disember 2024. Manakala kategori bujang akan menerima secara bulanan juga pada kadar RM50 sebulan.

TARIKH JADUAL BAYARAN MYSARA 2024

Pemberian insentif tambahan ini telah mula diagihkan berperingkat pada 22 Januari 2024 bagi fasa 1. Pembayaran fasa berikutnya akan dikreditkan pada bulan-bulan seterusnya sehingga Disember nanti.

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian. Semakan adalah bagi memastikan sama ada anda layak atau tidak mendapatkan manfaat yang disediakan percuma ini.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024

Untuk mengetahui lebih terperinci dan membuat semakan status kelayakan, sila layari laman rasmi – MyKasih (SARA)

Jika berkelayakan, maklumat anda menyatakan lulus akan dipaparkan pada skrin dan anda boleh menggunakan amaun tersebut dengan membeli barangan keperluan asas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post MySARA 2024 : Kategori Penerima Bantuan Telah Diumumkan appeared first on Carianterbaru.