Kemaskini PADU 2024 : Kini telah dibuka pendaftaran kepada rakyat Malaysia bermula pada bulan ini secara menyeluruh. Untuk makluman, kemudahan sistem ini diperkenalkan adalah bagi membantu dan memberi manfaat kepada warganegara Malaysia.
KEMASKINI : APA ITU PADU 2024?
Bagi pengetahuan umum, sistem PADU atau Pengkalan Data Utama ini adalah tempat yang memusatkan semua data-data yang telah dikumpulkan. Dari semua agensi kerajaan seperti LHDN, JPJ, KWSP dan berkaitan.
Contoh perkara yang disimpan dalam sistem PADU adalah seperti informasi terkini pekerjaan individu dan pendapatan semasa. Manakala ID Digital Nasional pula berperanan sebagai pengenalan diri individu secara digital yang memudahkan segala urusan dalam talian.
MANFAAT SISTEM PADU
Dengan adanya sistem PADU ini diperkenalkan, peluang untuk berlaku sebarang masalah pertindihan data adalah rendah. Dengan mendaftar PADU, pihak kerajaan lebih mudah membuat semakan bagi memberi manfaat seperti inisiatif bantuan kewangan kepada rakyat.
Antara inisiatif bantuan yang diberikan dibawah kendalian kerajaan adalah seperti bantuan tunai STR, SARA, insentif bantuan JKM dan sebagainya. Mengikut peredaran masa sistem seperti ini amat memberi kelebihan, manfaat dan memudahkan urusan secara digital.
TARIKH PENDAFTARA & KEMASKINI SISTEM PADU
Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memaklumkan berkenaan tarikh perlaksanaan sistem ini. Pendaftaran PADU telah dibuka kepada rakyat Malaysia bermula 3 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.
Kepada mereka yang tidak berdaftar pada tarikh yang ditetapkan, berkemungkinan akan tercicir daripada sebarang inisiatif. Seperti bantuan kewangan, insentif barangan keperluan dan subsidi.
Hal ini kerajaan kerajaan perpaduan telah perancangan dan dalam proses mengadakan bantuan dan subsidi secara bersasar pada tahun ini. Hanya mereka yang berkelayakan dan menepati kriteria yang ditetapkan akan menerima insentif tersebut.
PANDUAN CARA DAFTAR PADU 2024
Kepada rakyat Malaysia terutama golongan sasar dan kurang berkemampuan, anda disarankan membuat pendaftaran PADU bagi mendapatkan manfaat yang bakal diberikan. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi – Pengkalan Data Utama (PADU)
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Kemaskini PADU 2024 : Semak Manfaat Penting Sebelum Daftar appeared first on Carianterbaru.