STR 2024 : Bantuan Tunai Fasa 1 telahpun mula dikreditkan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dari kategori isi rumah, bujang dan warga emas. Untuk sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini diberikan secara berperingkat.
STR 2024 : BANTUAN TUNAI FASA 1
Baru-baru ini pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Tarikh rasmi pembayaran adalah bermula isnin ini iaitu 29 Januari 2024.
Namun mengikut perkongsian dari rakan-rakan di media sosial mendapati ramai pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN) telah berjaya dikreditkan. Hal ini kerana berdasarkan pemberian bantuan tunai STR sebelum ini, bank BSN akan menerima terlebih dahulu sebelum bank lain.
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 1
Berikut adalah jadual pembayaran STR fasa pertama mengikut senarai bank :
- Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bermula 27/ 29 Januari 2024
- Bank Rakyat : Bermula 29 Januari 2024
- CIMB Bank : Bermula 29 Januari 2024
- Maybank : Bermula 29 Januari 2024
- Bank Islam : Bermula 29 Januari 2024
- Hong Leong Bank : Bermula 29 Januari 2024
- Public Bank : Bermula 29 Januari 2024
Info : Bagi sedia maklum, pemberian STR ini diberikan secara berperingkat, jadi ada penerima yang awal dapat dan ada yang lewat. Bagi mereka yang tiada kad bank, penebusan bantuan tunai STR boleh dilakukan di cawangan BSN bermula isnin ini, jangan lupa membawa kad pengenalan untuk membuat semakan.
KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2024 FASA 1
Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa kadar bayaran fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah adalah sehingga maksimum RM500. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.
Kategori isi rumah pendapatan RM2,500 akan menerima bayaran berjumlah RM500. Bagi kategori isi rumah pendapatan RM5,000 pula akan menerima pada kadar RM100 – RM300, amaun bergantung bilangan anak.
Untuk kategori belia bujang RM100, manakala warga emas tiada pasangan pula bernilai RM150. Untuk cek berapa amaun yang sepatutnya anda terima dengan lebih tepat, boleh semak secara online.
SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 1 TAHUN 2024
Kini setiap individu boleh membuat semakan status bayaran STR fasa 1 secara dalam talian. Untuk semakan, sila layari laman utama Bantuan Tunai – STR 2024
MAKLUMAT LANJUT
Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.
The post STR 2024 : Bantuan Tunai Fasa 1 Telah Mula Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.