Program Bantuan eWallet berjumlah RM300 kini permohonan dibuka kepada kumpulan B40 yang berpendapatan dibawah RM3000 sebulan. Untuk makluman, pemberian inisiatif khas bulanan ini terus dilaksanakan pada tahun ini.
PROGRAM BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN
Tahukah kalian, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan dan melancarkan program bantuan berbentuk ewallet pada tahun sebelum ini. Inisiatif bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas ini ditawarkan kepada keluarga yang tergolongan dalam kumpulan B40.
Pada tahun lalu, sekitar 30 buah keluarga/ isi rumah yang layak telah dapat menggunakan manfaat yang disediakan ini. Kadar yang diberikan kepada pemohon yang berkelayakan adalah bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.
Dengan adanya insentif tambahan istimewa ini dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan setiap bulan. Amaun ewallet RM300 sebulan yang disalurkan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN EWALLET
Dibawah adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi program bantuan ewallet RM300 sebulan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3000
- Pemilih berdaftar
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.
PANDUAN MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SEBULAN
Kepada kalian yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)
Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan – Pemohon dan/ atau pasangan
- Salinan kad pengenalan, mykid atau surat lahir – Anak/ tanggungan
- Salinan sijil kematian/ perceraian/ surat laporan polis – kategori ibu bapa tunggal
- Dokumen yang berkaitan.
Untuk butiran lengkap atau pendaftaran, anda juga boleh memuat turun aplikasi SELANGKAH di apps store telefon pintar masing-masing.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.
The post Program Bantuan eWallet RM300 : Dibuka Untuk Kumpulan B40 appeared first on Carianterbaru.