BMT : Bantuan Khas RM800 secara keseluruhan 4 fasa pembayaran selesai diberikan kepada rakyat Malaysia yang terlibat pada bulan ini. Untuk pengetahuan umum, pemberian inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan yang dilancarkan pada tahun 2023 dan 2024.

BMT : BANTUAN KHAS RM800

Kepada yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah melaksanakan sebuah program pemberian sumbangan yang dikenali sebagai BMT. Bantuan Musim Tengkujuh ini disalurkan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Program bantuan BMT ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak RISDA yang merupakan agensi dibawah kerajaan. Kadar bayaran bantuan ini juga telah dinaikkan kepada RM800 berbanding sebelum ini RM600.

Bagi makluman umum, pembayaran bantuan khas ini diagihkan secara berperingkat setiap bulan bermula November 2024 sehingga Februari 2024. Pemohon yang layak akan menerima insentif berjumlah RM200 sebulan selama 4 bulan tempoh pembayaran.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS BMT

Pemberian bantuan musim tengkujuh ini diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • Pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau surat pengesahan dari pilik tanah bagi penoreh bukan pemilik
  • Setiap pemohon hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
  • Satu lot hanya untuk seorang pekebun kecil sahaja sama ada pemilik tanah atau penoreh
  • Mempunyai kad permit autogriti getah (PAT-G) yang masih sah dan aktif (Untuk kategori penoreh bukan pemilik tanah).

Kaedah pembayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan semasa permohonan dikemukakan.

SEMAKAN INISIATIF BANTUAN KHAS BELANJAWAN

Pada sidang pembentangan Belanjawan 2024 , pelbagai inisiatif telah diperkenalkan yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Kerajaan MADANI menyediakan keperluan dan kemudahan untuk mengurangkan beban kos sara hidup penduduk.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan yang telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada kalian yang tidak tahu, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BMT : Bantuan Khas RM800 Selesai Dibayar Pada Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.