Bantuan Tunai SKK 2024 bernilai RM1000 secara one-off layak dituntut oleh penerima STR bagi sesi tahun ini. Untuk makluman umum, pemberian insentif tambahan ini merupakan sebuah skim bantuan kewangan dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah.

BANTUAN TUNAI SKK 2024

Kepada mereka yang merupakan penerima bantuan tunai STR, tahukah kalian sebenarnya terdapat satu insentif yang dikenali sebagai skim khairat kematian (SKK). Bantuan tambahan ini dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pemberian insentif khas ini adalah bagi tujuan membantu meringankan beban penerima STR yang dilanda musibah/ meninggal dunia. Setiap penerima bantuan tunai STR perlu mengetahui berkenaan insentif ini bagi dapatkan manfaat sekiranya berlaku kematian.

Kadar bantuan SKK yang disediakan adalah berjumlah RM1000 bagi kategori isi rumah dan warga emas bujang tiada pasangan. Untuk makluman, bantuan ini tidak disediakan kepada kategori belia bujang.

KELAYAKAN TUNTUTAN BANTUAN TUNAI SKK

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas bagi tuntutan bantuan khairat kematian (SKK) RM1000 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Berada dalam kategori warga emas dan isi rumah
  • Bantuan SKK boleh dituntut oleh waris yang didaftarkan jika pemohon atau pasangan meninggal dunia
  • Meninggal dunia pada tahun 2024
  • Pasangan yang berstatus bukan warganegara Malaysia tidak layak
  • Waris yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja boleh membuat tuntutan.

PANDUAN MOHON TUNTUTAN BANTUAN SKK 2024

Kepada mereka yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – SKK 2024

Tuntutan hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Bagi memudahkan urusan tuntutan, sila sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  1. Salinan/ asal sijil kematian yang dikeluarkan pihak JPN
  2. Salinan/ asal kad pengenalan/ sijil lahir pewaris yang membuat tuntutan
  3. Sebarang dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon/ pasangan).

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

The post Bantuan Tunai SKK 2024 : Tuntutan Layak Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.