Bantuan Khas eDompet RM300 dikreditkan secara setiap bulan (bulanan) kepada pemohon yang layak pada tahun ini. Untuk makluman, program khas inisiatif berbentuk bantuan kredit ewallet ini antara sebahagian bantuan yang boleh dimohon.
BANTUAN KHAS EDOMPET RM300
Tahukah kalian, pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program inisiatif khas yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau bingkas. Melalui program ini, mereka yang berkelayakan boleh mendapatkan manfaat untuk meringankan beban.
Berdasarkan tahun lalu, sekitar 30,000 buah keluarga menerima insentif khas ini pada kadar RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program ini pada tahun 2024.
Bantuan edompet Bingkas ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit ewallet. Amaun tersebut boleh digunakan dengan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai berdaftar.
KELAYAKAN BANTUAN EDOMPET RM300
Kepada yang berminat, anda perlu mematuhi syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan sebelum mengemukakan permohonan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan (golongan B40)
- Keutamaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
- Pemilih berdaftar
- Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun.
PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN KHAS EDOMPET
Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)
Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan, setiap pemohon disarankan sertakan butiran dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan diri (pemohon dan atau pasangan)
- Salinan kad pengenalan, mykid atau surat lahir (tanggungan/ anak)
- Salinan sijil penceraian, kematian atau laporan polis (ibu bapa tunggal)
- Salinan penyata EA atau KWSP (Pekerja swasta)
- Salinan slip gaji/ pencen terkini (Penjawat awam/ pesara)
- Surat pengesahan pendapatan daripada ketua komuniti (Bekerja sendiri atau tidak bekerja)
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang berkeperluan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.
The post Bantuan Khas eDompet RM300 : Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.