MyKasih : Bantuan RM600 & RM1200 dikreditkan secara berperingkat kepada penerima STR yang layak bagi sesi tahun 2024. Untuk sedia maklum, pemberian inisiatif bantuan tambahan ini merupakan sebahagian insentif yang disediakan pada tahun ini.
MYKASIH : BANTUAN RM600 & RM1200
Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program inisiatif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini. Apa yang menarik adalah peruntukan bantuan ini diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Berbanding tahun lalu hanya 1 kategori sahaja menerima bantuan SARA pada kadar RM600 yang dibayar dalam tempoh 6 bulan. Atas keprihatinan kerajaan, kategori penerima tahun ini telah ditambah dan jumlah bantuan dinaikkan sehingga RM1200.
Pemberian bantuan istimewa MyKasih ini tidak diberikan dalam bentuk tunai, ianya disalurkan ke dalam mykad penerima pada kadar ditetapkan. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM600 & RM1200
Untuk makluman, buat masa ini bayaran bagi kategori bujang dan isi rumah berstatus miskin atau miskin tegar telah mula diagihkan secara berperingkat. Kategori bujang menerima bantuan bernilai RM600 manakala isi rumah RM1200.
Jadual bayaran bagi penerima di negeri-negeri semenanjung adalah bermula Januari sehingga Disember 2024. Manakala bagi penerima negeri Sabah dan Sarawak pula menerima secara 2 kali bayar pada bulan Februari dan Ogos tahun ini.
Untuk bayaran kategori bukan berstatus miskin/ miskin tegar akan dimaklumkan pada tarikh yang ditetapkan kelak. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2024
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada kalian yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.
The post MyKasih : Bantuan RM600 & RM1200 Dikreditkan Berperingkat appeared first on Carianterbaru.