Insentif Bantuan eWallet RM300 ditawarkan khusus untuk golongan keluarga B40 yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan. Untuk makluman, program bantuan khas ini merupakan sebahagian insentif bulanan yang boleh dimohon pada tahun ini.

INSENTIF BANTUAN EWALLET RM300

Tahukah kalian, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Bingkas. Perlaksanaan skim bantuan istimewa ini diadakan adalah bagi tujuan meringankan beban kos sara hidup dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Berdasarkan tahun lalu, sekitar 30,000 buah keluarga (isi rumah) dapat manfaat bantuan ewallet yang ditawarkan secara bulanan ini. Untuk makluman, pemberian insentif ini bukan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit ewallet.

Kepada pemohon yang layak, kadar bayaran bantuan berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun akan dikreditkan (bulanan) secara automatik. Amaun bantuan tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

KELAYAKAN INSENTIF EWALLET RM300

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan asas bagi mendapatkan manfaat daripada program bantuan khas ini seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar.

PANDUAN DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan selagi program bantuan ini masih dibuka. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)

Untuk memudahkan urusan semakan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan (pemohon dan/ atau pasangan)
  • Salinan kad pengenalan, mykid, surat lahir (tanggungan/ anak)
  • Slip gaji/ penyata pendapatan
  • Dokumen yang berkaitan.

Nota : Lebih butiran berkenaan bantuan negeri selangor boleh anda dapatkan secara lebih terperinci melalui aplikasi SELANGKAH yang boleh dimuat turun di telefon pintar. Permohonan bantuan khas Bingkas ini akan ditutup apabila dimaklumkan pada laman rasmi tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

The post Insentif Bantuan eWallet RM300 : Khusus Untuk Keluarga B40 appeared first on Carianterbaru.