Program Rumah PPRT 2024 adalah merupakan sebuah inisiatif kemudahan yang disediakan kepada rakyat yang berkelayakan. Untuk makluman umum, inisiatif istimewa program rumah PPRT ini masih terus dilaksanakan pada tahun 2024.

PROGRAM RUMAH PPRT 2024

Pihak kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyediakan program rumah PPRT pada tahun ini. Permohonan kini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak memiliki kediaman dan menepati kriteria kelayakan.

Program projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) ini dikendalikan dibawah SPKR ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan luar bandar. Dengan adanya program seperti ini dapat memastikan kumpulan sasar dari golongan miskin dan miskin tegar dapat menaik taraf kehidupan serta ekonomi keluarga.

Menerusi program PPRT ini terdapat 2 kategori yang boleh dimohon iaitu bina baharu atau baik pulih rumah sedia ada. Ini merupakan program kemudahan menyediakan tempat tinggal (kediaman) yang lebih selesa dan selamat untuk diduduki sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN MOHON RUMAH PPRT 2024

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi permohonan rumah PPRT 2024. Berikut adalah pecahan kelayakan mengikut kategori seperti di bawah :

PPRT (BINA BAHARU)

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak memiliki rumah sendiri
  • Kediaman/ rumah yang didiami telah uzur dan tidak selamat untuk tinggal
  • Kediaman tidak layak untuk dibaiki
  • Memiliki tanah sendiri
  • Pemilik tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tapak tanah dari tuan tanah.

PPRT (BAIK PULIH RUMAH)

  • Warganegara Malaysia
  • Diberi keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tempat tinggal yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana tetapi masih boleh dibaiki
  • Perlu mendapatkan surat kebenaran untuk membaik pulih baki kes rumah menumpang di tanah milik orang lain/ milik sebahagian.

Permohonan bagi program rumah PPRT ini diberikan keutamaan kepada kategori seperti berikut :

  1. Warga emas
  2. Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak
  3. Orang kelainan upaya (OKU)
  4. Mangsa bencana berskala kecil
  5. Perlaksanaan projek PPRT diberi keutamaan bagi negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PROGRAM RUMAH PPRT

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan rumah ini boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – PPRT 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu, pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Rumah PPRT 2024 : Syarat Kelayakan & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.