Senarai Penerima Bantuan eWallet berjumlah RM300 sebulan telah diumumkan dan disalurkan secara bulanan pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300

Tahukah kalian, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Menerusi program istimewa ini, pemohon yang layak akan menerima insentif kredit ewallet bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

Berdasarkan tahun lalu, sekitar 30 ribu buah keluarga telah mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Kadar yang diberikan setiap bulan tersebut boleh digunakan dengan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan ewallet ini adalah bagi mengurangkan beban kos sara hidup keluarga berpendapatan di bawah RM3,000. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai setiap penerima yang terlibat.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EWALLET

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan ewallet RM300 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Golongan B40
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri tersebut.

BUTIRAN LENGKAP & PANDUAN BANTUAN EWALLET

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan selagi masih belum ditutup. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera

Nota : Program bantuan Bingkas ini hanya untuk rakyat negeri Selangor dan yang telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor. Bantuan ini diberikan dalam bentuk kredit ewallet untuk membeli barangan keperluan asas bukannya secara tunai.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia terutama golongan memerlukan. Sila cek segera senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Senarai Penerima Bantuan eWallet RM300 Sebulan : Cek Segera appeared first on Carianterbaru.