Bantuan Tunai Sara Hidup berjumlah RM300 sebulan ini telah dilaksanakan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang berkelayakan. Untuk makluman umum, pemberian inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.
BANTUAN TUNAI SARA HIDUP (BSH)
Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah program pemberian sumbangan bantuan sara hidup (BSH). Program istimewa ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Setiap permohonan yang telah diluluskan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh 3 tahun dari bulan pertama pembayaran bantuan ini dibuat. Penerima bantuan khas BSH ini akan dinilai dalam tempoh 3 tahun tersebut bagi memastikan sama ada penerima bantuan ini masih layak diteruskan bayaran bantuan atau tidak.
Penerima bantuan ini boleh kemukakan permohonan untuk lanjutkan bayaran BSH sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh. Program BSH ini diadakan adalah bertujuan membantu meringankan beban sara hidup harian para veteran.
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program bantuan khas BSH RM300 sebulan ini seperti di bawah :
- Permohonan di buka kepada Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan di bawah pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Hag umur kelayakan boleh dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun dan ke atas
- Pemohon merupakan veteran ATM
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Tidak diberhentikan atas faktor masalah tartatertib
- Balu yang sudah berkahwin semula tidak layak
- Mempunyai masalah faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang sebarang perkerjaan dilakukan (Perlu surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan)
- Kategori anak yatim piatu wajib berumur kurang daripada 18 tahun dan di bawah 21 jika masih bersekolah
- Tiada sebarang syarat had umur bagi kategori cacat kekal.
PANDUAN CARA MOHON BANTUAN SARA HIDUP 2024
Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan BSH ini boleh dikemukakan pada tahun ini selagi ianya masih dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – BSH (JHEV)
MAKLUMAT LANJUT
Selain dari BSH, pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan dan layak untuk kalian mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Tunai Sara Hidup RM300 Sebulan : Panduan Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.