MySTR : Kategori Penerima Bantuan tunai fasa ketiga akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum pembayaran disalurkan. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR : KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI

Seperti sedia maklum, kategori penerima yang layak dapatkan manfaat daripada pemberian Sumbangan Tunai Rahmah ini terdiri daripada bujang, isi rumah dan warga emas. Untuk pengemaskini maklumat, bayaran STR fasa pertama dan fasa kedua telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu.

Apa yang pasti bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 nanti kategori utama yang akan terima bayaran bantuan adalah isi rumah. Untuk kategori bujang dan warga emas akan dimaklumkan selepas pengumuman dari kerajaan.

JUMLAH BANTUAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Pada tahun ini kerajaan telah meningkatkan kadar jumlah bayaran STR kepada RM3,700 berbanding RM3,100 pada tahun lalu. Dibawah dikongsikan maklumat berkenana jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori kelayakan.

 Kategori isi rumah/ keluarga B40 (Pendapatan RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM2,500

Isi rumah/ keluarga M40 (Pendapatan RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM1,250

Kategori warga emas dan bujang

  • Belia bujang (21 tahun keatas) : RM350
  • Warga emas tiada pasangan : RM600

Nota : Jadual bayaran STR tahun ini akan diagihkan secara berperingkat pada bulan Januari, April, Ogos dan November 2024.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN MYSTR 2024

Untuk penerima sedia ada, semakan status dan kemaskini maklumat boleh dilakukan secara dalam talian. Bukan itu sahaja, permohonan baharu masih dibuka buat mereka yang bukan penerima STR, jika lulus, bayaran akan diterima pada fasa berikutnya.

Untuk semakan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MYSTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post MySTR : Kategori Penerima Bantuan Tunai Fasa Ketiga appeared first on Carianterbaru.