Program Bantuan BWE RM500 sebulan kini boleh dimohon oleh warganegara Malaysia yang berkelayakan sepanjang tahun ini. Seperti yang telah dimaklumkan, program BWE ini adalah sebahagian bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN BWE RM500 SEBULAN

Pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis program inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini. Salah satu insentif bantuan bulanan yang boleh dimohon pada tahun ini adalah BWE.

Bantuan Warga Emas atau lebih dikenali sebagai program BWE ini adalah sebuah bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengendali sepenuhnya skim bantuan kebajikan pada tahun ini.

Bantuan kewangan khas ini ditawarkan khusus kepada golongan warga emas terutama berstatus miskin tegar (memenuhi kriteria kelayakan). Perlaksanaan program bantuan ini adalah untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat.

Kadar bayaran bantuan warga emas atau BWE ini adalah berjumlah RM500 seorang. Amaun tersebut akan dikreditkan secara automatik setiap bulan sepanjang tahun ini kepada pemohon yang lulus.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BWE RM500

Di bawah dikongsikan syarat-syarat asas kelayakan permohonan BWE bagi sesi tahun 2024 seperti berikut :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) : Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas (warga emas / orang tua)
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Tidak menetap di pusat jagaan harian/ kediaman yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE 2024

Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan khas – BWE (2024)

Untuk pemohon jangan lupa lampirkan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan diri dan dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan semakan permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun 2024 dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Bantuan BWE RM500 Sebulan : Kriteria Kelayakan appeared first on Carianterbaru.