Bantuan Tunai BWE RM500 sebulan : syarat layak dan panduan cara pendaftaran permohonan telah disediakan di halaman ini. Seperti sedia maklum, inisiatif BWE ini adalah termasuk salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN TUNAI BWE RM500

Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis program bantuan sepanjang tahun ini bagi membantu menangani masalah kos sara hidup penduduk Malaysia. Salah satu inisiatif yang masih dibuka kepada umum adalah program Bantuan Warga Emas atau BWE.

Perlaksanaan program khas bantuan tunai BWE ini dikendalikan sepenuhnya oleh agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan istimewa ini ditawarkan secara pembayaran bantuan bulanan pada kadar RM500.

Pendaftaran permohonan BWE masih dibuka pada bulan ini bagi mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Tujuan utama program ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu golongan sasar dari segi kewangan dan kesejahteraan dalam komuniti masyarakat.

SYARAT LAYAKAN BANTUAN TUNAI BWE 2024

Kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan BWE tahun ini seperti berikut :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas
  • Kategori orang tua/ warga emas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau ;
  • Pusat jagaan harian yang memberikan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma.

Nota : Perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN BWE RM500

Bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan RM500 seorang ini boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi ebantuan – BWE (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Selain BWE, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Tunai BWE RM500 : Syarat Layak & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.