Bantuan Khas IPT 2025 merupakan inisiatif yang dikhususkan bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Dengan nilai bantuan kewangan sebanyak RM1,200, program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada 25,000 pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia.

BANTUAN KHAS IPT 2025

Pada sidang Belanjawan Sarawak 2025 baru-baru ini, kerajaan negeri telah mengumumkan beberapa inisiatif yang disediakan. Salah satu insentif adalah bantuan kewangan RM1,200 untuk pelajar IPT dari golongan pendapatan rendah.

Inisiatif ini diharapkan akan memudahkan pelajar dalam mengatasi cabaran kewangan yang ada dalam proses pembelajaran mereka. Dengan bantuan ini, pelajar dapat menggunakan dana tersebut untuk pelbagai keperluan seperti pendaftaran, penginapan, dan perbelanjaan harian.

Bantuan Khas IPT 2025 bukan sahaja membantu dalam mekanisme kewangan, tetapi juga merupakan dorongan bagi pelajar untuk meneruskan pengajian mereka tanpa kebimbangan yang berlebihan tentang kekurangan sumber kewangan.

Dengan bertemakan (bersama membina masa depan) kerajaan negeri Sarawak memaklumkan melibatkan peruntukan sebanyak RM15.8 bilion bagi Belanjawan 2025. Kepada para pelajar IPT yang berasal dari Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat yang disediakan.

Program ini menyasarkan pelajar dari keluarga dalam kumpulan pendapatan rendah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pelajar yang berkelayakan harus mendaftar dan mengemukakan permohonan melalui saluran rasmi yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Bantuan ini diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada mereka yang layak, menjadikan pendidikan tinggi lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Antara insentif bantuan yang diumumkan untuk pelajar adalah :

  • Insentif baucar buku
  • Bantuan KEWANGAN KHAS RM1,200 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  • Pemberian gajet komputer riba percuma
  • Bantuan graduan Sarawak (bayar balik pinjaman PTPTN).

Pada tahun hadapan, negeri-negeri lain juga turut menyediakan inisiatif bantuan kewangan kepada pelajar khusus golongan memerlukan. Untuk semakan, anda boleh rujuk pada halaman rasmi kerajaan negeri masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan perpaduan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

The post Bantuan Khas IPT 2025 : Insentif Berjumlah RM1,200 appeared first on Carianterbaru.