Bantuan Ewallet Bernilai RM300 akan dikreditkan secara bulanan kepada pemohon yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan ewallet ini merupakan sebahagian insentif yang boleh dimohon oleh rakyat selagi menepati kelayakan.

PROGRAM BANTUAN EWALLET BERNILAI RM300

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau Bingkas. Perlaksanaan pemberian bantuan khas ini adalah bertujuan membantu meringankan beban golongan isi rumah yang kurang berkemampuan dan B40.

Pada tahun lalu peruntukan bantuan ewallet bulanan ini telah memberi manfaat kepada sekitar 30,000 keluarga pada kadar RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Permohonan menyertai program bantuan khas bingkas ini masih dibuka bagi sesi tahun ini.

Untuk makluman, pemberian insentif istimewa ini bukan diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit ewallet pada kadar ditetapkan. Amaun tersebbut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar bagi meringankan beban kos sara hidup.

BUTIRAN BANTUAN EWALLET RM300

Antara manfaat butiran yang boleh didapatkan dalam program bantuan kehidupan sejahtera ini adalah seperti :

  • Had bantuan bulanan untuk pembelian barangan dapur adalah terhad pada kadar RM300
  • Baki amaun bantuan ewallet pada bulan sebelum tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya
  • Kredit ewallet boleh digunakan di semua kedai dan pasaraya berdaftar
  • Kadar jumlah RM300 akan ditambah secara automatik setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN ASAS BANTUAN EWALLET

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan
  3. Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  4. Pemilih berdaftar
  5. Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi tempoh 10 tahun di negeri Selangor.

CARA DAFTAR BANTUAN EWALLET RM300

Bagi kalian yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan khas kehidupan sejahtera ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera (Bingkas)

Pemohonan juga boleh dikemukakan melalui aplikasi SELANGKAH yang boleh dimuat turun di apps store telefon pintar masing-masing. Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan, jangan lupa sertakan dokumen penting yang diperlukan (boleh rujuk di laman rasmi).

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post Bantuan Ewallet Bernilai RM300 : Dikreditkan Secara Bulanan appeared first on Carianterbaru.