Bantuan Khas eWallet RM300 sebulan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban golongan B40. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan dan boleh dimohon pada tahun ini.

BANTUAN KHAS EWALLET RM300

Selain daripada insentif tambahan eMadani, terdapat satu lagi inisiatif yang diberikan dalam bentuk eWallet yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera. Melalui program khas ini, kadar bantuan kredit RM300 akan diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak bersamaan RM3,600 setahun.

Tujuan utama perlaksanaan program Bingkas ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga demi menguruskan hal ehwal dalam keluarga. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat membantu meringankan beban dengan pembelian barangan keperluan asas.

Pihak kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30,000 isi rumah akan dapat gunakan manfaat ini secara bulanan. Bantuan istimewa ini disalurkan secara ewallet bukan tunai, nilai RM300 tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas dan peralatan sekolah anak.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN KHAS EWALLET

Dibawah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas Bingkas bernilai RM300 sebulan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Golongan B40 dan Miskin
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300

Kepada mereka yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI

Bagi memudahkan urusan proses semakan borang permohonan, pemohon perlu sediakan senarai dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan)
  • Salinan mykid/ surat lahir/ kad pengenalan (Anak atau tanggungan)
  • Salinan sijil penceraian/ laporan polis/ sijil kematian (Kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan slip gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan dari ketua komuniti bagi pemohon yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

The post Bantuan Khas eWallet RM300 : Semakan Kelayakan & Cara Daftar appeared first on Carianterbaru.