Bantuan Tunai Khas STR : Bayaran bagi fasa-2 akan disalurkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia sebelum raya aidilfitri. Perlaksanaan inisiatif berbentuk bantuan kewangan (STR) ini adalah merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024.
BANTUAN TUNAI KHAS STR 2024
Seperti sedia maklum, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun lalu. Atas keprihatinan program bantuan istimewa ini masih diteruskan bagi sesi tahun 2024.
Pada Januari lalu, pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa pertama telah selesai dibayar kepada kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Tidak lama lagi pengagihan bagi bayaran STR fasa kedua akan disalurkan.
Mengikut jadual asal, pembayaran bagi STR fasa-2 akan dilakukan pada bulan April ini, dijangkakan bayaran akan diawalkan sebelum menyambut perayaan umat islam. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban dan perbelanjaan bagi menyambut raya aidilfitri nanti.
PENERIMA BANTUAN TUNAI KHAS STR FASA-2
Untuk makluman, kategori penerima bayaran fasa kedua nanti adalah isi rumah, warga emas dan belia bujang. Jumlah bantuan telah ditentukan mengikut kategori penerima dan bilangan tangungan anak.
Bagi kategori isi rumah, jumlah bayaran STR 2024 adalah dari RM500 sehingga RM2,500 dan kadar ditentukan mengikut pendapatan dan bilangan anak. Manakala belia bujang menerima RM350 dan warga emas tiada pasangan RM600 setiap seorang.
TARIKH & KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA BERIKUT
Bagi pengetahuan umum, jadual bayaran bagi fasa kedua telah dimaklumkan sebelum sambutan raya. Manakala kadar bayaran rasmi mengikut kategori masih belum dimaklumkan, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024
Kepada bukan penerima, pendaftaran baharu masih dibuka dan boleh dikemukakan sebelum ditutup. Untuk penerima sedia ada, kalian boleh membuat pengemaskinian dan semakan status bayaran mengikut fasa.
Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024 . Sekiranya berlaku sebarang kematian kepada penerima STR, waris boleh membuat tuntutan skim khairat kematian berjumlah RM1,000 sebagai insentif tambahan untuk memudahkan urusan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.
The post Bantuan Tunai Khas STR : Bayaran Fasa-2 Disalur Sebelum Raya appeared first on Carianterbaru.