BMT : Permohonan Bantuan RM800 setahun kini telah dibuka sehingga tarikh tutup pada 31 September 2024. Untuk makluman, program BMT ini adalah merupakan sebahagian inisiatif bantuan kewangan di bawah bajet Belanjawan tahun ini.

BMT : PERMOHONAN BANTUAN RM800 DIBUKA

Bermula 1 Jun 2024 sehingga 31 September 2024, permohonan baharu dan kemaskini maklumat telah dibuka. Program BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh ini boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Skim bantuan khas BMT ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah (RISDA) pada tahun ini. Insentif istimewa ini akan memberi manfaat kepada mereka yang berada dalam golongan penoreh getah dan pekebun kecil.

Kadar jumlah pembayaran bantuan yang diberikan adalah RM800 yang dibahagikan kepada fasa bayaran. Setiap fasa akan dikreditkan amaun bantuan bernilai RM200 selama tempoh 4 bulan iaitu November, Disember, Januari dan Februari.

Kaedah bayaran bantuan tunai BMT adalah secara kredit terus ke dalam akaun bank setiap pemohon yang telah diluluskan. Perlaksanaan program BMT ini adalah sebagai tanda bantuan bagi meringankan beban rakyat pada waktu musim tengkujuh.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BMT 2024

Mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 September 2024. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BMT RISDA

Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, setiap individu yang memohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Antara kriteria syarat kelayakan asas bantuan BMT yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil
  • Penoreh getah
  • Berdaftar dengan RISDA
  • Satu lot hanya untuk seorang penerima sahaja
  • Seorang penoreh/ pekebun kecil layak menerima bantuan sekali sahaja.

Kepada pemohon yang layak, bayaran bantuan BMT akan mula diberikan pada November nanti secara berperingkat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BMT : Permohonan Bantuan RM800 Kini Telah Dibuka appeared first on Carianterbaru.