EMADANI 2023 : Kredit RM100 kini boleh ditebus secara one-off oleh rakyat Malaysia sebelum tarikh tutup pada 20 Februari 2024. Untuk makluman, inisiatif istimewa berbentuk bantuan ewallet ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada tahun ini.

EMADANI 2023 : KREDIT RM100 UNTUK DEWASA

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif khas berjumlah RM100 yang boleh di claim secara percuma melalui aplikasi ewallet pilihan. Program inisiatif khas ini adalah merupakan kesinambungan daripada bantuan eBelia rahmah.

Individu berumur 21 tahun dan keatas dan pendapatan dibawah RM100,000 setahun berkelayakan untuk dapatkan manfaat yang ditawarkan. Dengan perlaksanaan program khas ini bertujuan mempertingkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan masyarakat.

Program inisiatif eMadani ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia yang berada dalam golongan B40 dan M40 dewasa. Mereka yang layak boleh claim dan belanjakan amaun tersebut secara digital melalui edompet.

TARIKH DAFTAR KREDIT RM100 (EMADANI)

Bermula 4 Disember 2023 (Isnin) sehingga 20 Februari 2024, tarikh daftar dan tuntutan boleh dilakukan secara online. Setelah berjaya tebus, jumlah amaun RM100 tersebut perlu digunakan sebelum 29 Februari 2024 dan ia tidak boleh ditukar kepada tunai.

KELAYAKAN CLAIM KREDIT EMADANI RM100

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan asas bagi tuntutan bantuan khas RM100 one-off ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 21 tahun dan keatas
  3. Penerima STR 2023
  4. Pendapatan RM100,000 setahun

Untuk makluman, kepada penerima eBeliarahmah yang dilancarkan pada bulan Jun lalu tidak layak tebus kredit RM100 ini.

CARA MUDAH DAFTAR & TUNTUT KREDIT RM100

Bagi pengetahuan umum, aplikasi digital edompet yang terlibat adalah Setel, Shopeepay, MAE dan Touch N Go ewallet. Setiap individu boleh pilih salah satu aplikasi pilihan untuk membuat pendaftaran dan tebus kredit percuma ini.

Langkah mudah cara daftar dan tebus kredit eMadani 2023 seperti di bawah.

  1. Layari laman utama aplikasi pilihan (MAE, Shopeepay, TNG atau SETEL )
  2. Klik pada pautan ”eMadani”
  3. Ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai
  4. Pengguna akan menerima notifikasi penebusan kredit RM100 berjaya.

Nota : Setiap pemohon hanya boleh claim sekali sahaja mengikut aplikasi ewallet pilihan masing-masing. Apabila telah berjaya tebus, jangan lupa untuk belanjakan amaun tersebut sebelum tarikh luput.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

The post EMADANI 2023 : Kredit RM100 Boleh Ditebus Secara One-Off appeared first on Carianterbaru.