EMadani : Bantuan Kredit eWallet bernilai RM100 untuk rakyat Malaysia boleh ditebus sehingga tarikh tutup pada 20 Februari 2024. Inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan Madani.
EMADANI : BANTUAN KREDIT EWALLET RM100
Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak kerajaan perpaduan telah melancarkan sebuah insentif tambahan yang diberikan secara one-off. Sehingga penghujung bulan Februari ini, mereka yang berkelayakan boleh tuntut kredit ewallet berjumlah RM100 secara sekali bayar.
Program khas emadani ini merupakan kesinambungan kepada pemberian ewallet terdahulu iaitu ebelia rahmah yang diberikan kepada golongan mahasiswa. Atas dasar keprihatinan kerajaan, program bantuan hampir sama ini disalurkan kepada kategori dewasa pula.
Dengan adanya insentif bantuan khas emadani ini dapat meringankan beban rakyat dan memberi manfaat dengan membeli barangan pada kadar amaun yang diberikan. Secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless).
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN EWALLET (EMADANI)
Kepada mereka yang ingin tebus kredit percuma RM100 ini, mereka perlu mematuhi kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas (Tahun 2023)
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Berada dalam kumpulan B40 dan M40
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
APLIKASI YANG TERLIBAT (BANTUAN KREDIT EMADANI)
Bagi pengetahuan umum, terdapat 4 aplikasi edompet yang terlibat yang membolehkan setiap pemohon tuntut kredit RM100 ini seperti berikut :
- Touch N Go ewallet
- Shopeepay
- MAE
- Setel
Tarikh akhir tuntutan boleh dilakukan adalah pada 20 Februari 2024 dan tarikh luput amaun kredit boleh digunakan adalah pada 29 Februari 2024. Kepada mereka yang belum dapatkan, sila daftar, tebus dan belanjakan kredit ewallet ini sebelum ditutup.
CARA TUNTUT KREDIT EMADANI RM100
Setiap individu hanya dibenarkan untuk claim sekali sahaja mengikut pilihan aplikasi edompet yang disediakan. Panduan lengkap cara daftar dan tuntut bantuan ewallet ini telah disediakan, sila layari laman rasmi – eMADANI 2024
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.
The post EMadani : Bantuan Kredit eWallet RM100 Untuk Rakyat Malaysia appeared first on Carianterbaru.