eMADANI : Faktor Tidak Lepas tuntut dan gunakan kredit eWallet percuma bernilai RM100 yang ramai pengguna lakukan. Untuk makluman, program khas bantuan kredit ewallet ini telah mula dilaksanakan pada 4 Disember 2023.
EMADANI : FAKTOR TIDAK LEPAS TUNTUT
Bermula isnin lalu ramai yang telah mula untuk tebus kredit RM100 ini secara online yang boleh didapatkan secara one-off. Rakyat Malaysia boleh menyertai tuntutan kredit ini melalui aplikasi edompet yang terlibat seperti Touch N Go, Setel, Shopeepay dan MAE.
Namun sehingga hari ini ramai yang tertanya mengapa permohonan mereka tidak berjaya atau tidak lulus dapatkan kredit RM100 tersebut. Di bawah dikongsikan faktor sebab tidak lepas tuntut kredit emadani ini.
- Format nama serta nombor kad pengenalan (IC) yang diisi adalah salah
- Terdapat beberapa tuntutan melalui edompet yang berbeza dibawah nama atau no KP pengguna (Setiap individu hanya dibenarkan claim sekali sahaja)
- Nama penuh yang diisi dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera pada KP
- Nombor Kad pengenalan tidak wujud atau belum sah di rekod JPN
- Status kediaman (tempat tinggal) anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau pengguna bukan pemegang mykas
- Berkemungkinan rekod LHDNM anda belum lagi dikemaskini berkenaan maklumat pendapatan terkini.
FAKTOR TIDAK LEPAS (KRITERIA KELAYAKAN)
Sebelum melakukan pendaftaran dan tuntutan, sila pastikan anda menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun dan keatas pada tahun ini
- Pemohon merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Pendapatan setahun dibawah RM100,000 (B40 & M40)
CARA DAFTAR & CLAIM KREDIT EMADANI
Kepada pengguna yang masih belum tuntut, anda boleh daftar dan tebus kredit percuma ini secara online sebelum tarikh luput pada 20 Februari 2024. Panduan lengkap telah disediakan, sila pilih salah satu aplikasi ewallet pilihan anda dibawah :
- Tuntut di ShopeePay – DI SINI
- Tuntut di Touch N Go – DI SINI
- Tuntut di Setel – DI SINI
- Tuntut di MAE –
Setiap tuntutan dilakukan akan mengambil tempoh masa 5 hari, boleh jadi beberapa jam atau sehari kredit tersebut akan dimasukan dalam akaun ewallet. Jika pengguna mempunyai sebarang permasalahan atau ingin ketahui maklumat terperinci, sila rujuk atau hubungi talian bantuan di aplikasi yang anda tuntut.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.
The post eMADANI : Faktor Tidak Lepas Tuntut Kredit eWallet RM100 appeared first on Carianterbaru.