eMADANI : Tuntutan Kredit RM100 adalah sah dan boleh dilakukan sebelum tarikh tutup pada 20 Februari 2024. Ini merupakan sebuah inisiatif bantuan ewallet yang dilancarkan pada pengujung tahun ini.

EMADANI : TUNTUTAN KREDIT RM100

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju melaksanakan inisiatif bantuan kredit ewallet RM100 yang dikenali sebagai eMadani. Insentif tambahan ini dibawah kerangka ekonomi madani memperkasa rakyat.

Bantuan istimewa ini boleh dituntut oleh rakyat Malaysia secara percuma melalui aplikasi edompet yang terlibat. Sekitar 10 juta rakyat akan dapat gunakan manfaat yang disediakan melalui program pemberian bantuan khas ini.

TARIKH TUNTUTAN KREDIT EMADANI RM100

Berikut adalah tarikh rasmi berkenaan perlaksanaan program bantuan kredit emadani seperti dibawah.

  • Tarikh mula perlaksanaan : 4 Disember 2023
  • Tarikh akhir daftar dan tuntut : 20 Februari 2024
  • Tarikh akhir kredit boleh digunakan : 29 Februari 2024

KRITERIA KELAYAKAN TUNTUT KREDIT EMADANI

Beberapa kriteria syarat kelayakan telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mendapatkan kredit percuma RM100 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan RM100,000 setahun
  • Kategori dewasa berumur 21 tahun dan keatas
  • Golongan B40 & M40
  • Penerima STR layak tuntut
  • Penerima eBeliaRahmah tidak layak tuntut

TEMPAT BOLEH GUNA KREDIT RM100

Untuk pengetahuan umum, pembayaran secara dalam talian (Online) menggunakan kredit emadani tidak dibenarkan. Nilai bantuan tersebut hanya boleh digunakan untuk berbelanja di kedai-kedai fizikal terpilih dengan membuat pembayaran secara mengimbas kod QR.

Antara kedai yang boleh digunakan adalah seperti Mr.DIY, Tealive, Aeon mall, 99 Speedmart, 7eleven, MyDIN, Watson dan banyak lagi. Terdapat 4 aplikasi ewallet yang terlibat dalam program khas ini iaitu Shopeepay, Setel, TNG dan MAE.

CARA DAFTAR DAN TEBUS KREDIT RM100

Kepada mereka yang berkelayakan dan masih belum tuntut, kalian boleh tebus dan belanjakan kredit percuma ewallet RM100 ini secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila pilih salah satu aplikasi digital yang menjadi pilihan seperti dibawah.

Nota : Setiap pemohon hanya dibenarkan untuk daftar dan tuntut 1 sahaja melalui salah satu daripada 4 aplikasi edompet yang terlibat. Kepada yang berjaya tuntut, nilai RM100 tersebut tidak boleh ditukar kepada tunai.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

The post eMADANI : Tuntutan Kredit RM100 Sah Sebelum 20 Februari 2024 appeared first on Carianterbaru.