EPOKU : Bantuan Kewangan RM450 dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk makluman, program khas bantuan EPOKU ini adalah sebahagian inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini.

EPOKU : BANTUAN KEWANGAN RM450 SEBULAN

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah skim bantuan untuk rakyat. Program yang dikenali sebagai Elaun Orang  Kurang/ Kelainan Upaya (EPOKU) adalah merupakan sebuah bantuan kewangan bulanan.

Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan ini bagi sesi tahun 2024. Tujuan utama bantuan istimewa EPOKU ini adalah bagi menggalakan kumpulan golongan OKU untuk terus berkarya dan menyumbang sebagai anggota masyarat yang produktif.

Kepada mereka yang lulus, kadar bayaran yang disalurkan adalah berjumlah RM450 sebulan. Permohonan boleh dikemukakan selagi individu menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN EPOKU

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program bantuan EPOKU RM450 ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500
  • Pemohon merupakan pemegang kad OKU dari pihak JKM.

PANDUAN MEMOHON BANTUAN EPOKU RM450

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dilakukan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang disediakan secara percuma. Panduan lengkap cara daftar permohonan bantuan khas ini telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – EPOKU (JKM)

Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan, setiap pemohon disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  1. Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
  2. Salinan kad pengenalan (IC) suami/ isteri/ bapa/ ibu/ anak
  3. Salinan penyata pendapatan jika ada
  4. Dokumen sokongan lain yang berkaitan.

Untuk pengetahuan umum, program EPOKU ini disediakan untuk rakyat Malaysia yang berada dalam golongan kurang upaya. Jika anda berkelayakan atau mempunyai kenalan yang layak, sila membuat permohonan bagi dapatkan manfaat yang ditawarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post EPOKU : Bantuan Kewangan RM450 Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.