EPOKU : Bantuan Khas RM450 dikreditkan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan sepanjang tahun ini. Inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan EPOKU ini adalah merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

EPOKU : BANTUAN KHAS RM450 SEBULAN

Kerajaan telah memperkenalkan dan menyediakan pelbagai jenis program skim bantuan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat yang berkeperluan. Salah satu program yang boleh dimohon pada tahun ini adalah Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya.

EPOKU ini adalah sebuah bantuan kewangan dibawah Belanjawan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Insentif ini diperkenalkan adalah bagi menggalakkan lagi golongan OKU untuk terus bekerja dan mampu hidup berdikari menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Kadar bayaran bantuan melalui program EPOKU adalah berjumlah RM450 seorang. Kepada pemohon yang layak, mereka akan dikreditkan bantuan ini secara automatik setiap bulan selagi layak menerima.

CARA MOHON BANTUAN KHAS EPOKU 2024

Pengendalian permohonan bantuan kewangan boleh dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah/ jajahan/ bahagian seluruh negara. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan – EPOKU (JKM)

Bagi memudahkan urusan pentadbiran melakukan semakan permohonan, setiap individu perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan diri, ahli keluarga yang tinggal bersama dan dokumen berkaitan.

Nota : Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan sebagai penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui laman pautan rasmi EPOKU diatas.

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN EPOKU

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program EPOKU 2024 seperti di bawah :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Pemohon berumur 16 tahun dan keatas
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan
  • Pemegang kad OKU JKM.

Untuk makluman, elaun EPOKU ini ditawarkan khas kepada golongan Orang Kurang Upaya pada tahun ini. Sekiranya anda atau ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

The post EPOKU : Bantuan Khas RM450 Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.