FSA2 KWSP : Pengeluaran Khas serendah RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off kini dibenarkan kepada ahli pada tahun ini. Untuk makluman umum, pihak KWSP telah menyediakan bermacam jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada para pencarum.
PENGELUARAN KHAS FSA2 KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP telah memperkenal dan melaksanakan sebuah skim kemudahan pengeluaran. Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah merupakan skim pengeluaran pembiayaan untuk tujuan peribadi.
Skim FSA2 KWSP akan secara rasmi dilancarkan melalui 2 fasa yang melibatkan jumlah pengeluaran dan syarat kelayakan berbeza. Untuk waktu ini dan sepanjang tahun, pengeluaran bagi FSA2 KWSP fasa pertama (1) telah diluluskan.
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran melalui skim FSA2 melalui pembiayaan daripada institusi perbankan pada tahun ini. Bermula April lalu, permohonan boleh dikemukakan secara online oleh ahli KWSP yang menepati syarat kelayakan.
Pengenalan pengeluaran khas FSA2 ini adalah bertujuan untuk membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang terlibat. Pencarum boleh kemukakan permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.
KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN
Seperti sedia maklum, kadar pengeluaran FSA2 fasa 1 telahpun ditetapkan minimum serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000 secara sekaligus.
KRITERIA KELAYAKAN FSA2 KWSP (FASA 1)
Syarat-syarat kelayakan pengeluaran melalui FSA2 KWSP (Fasa 1) telah ditetapkan seperti berikut :
- Ahli KWSP
- Hanya dibuka kepada Warganegara Malaysia
- Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
- Umur tidak melebihi 55 tahun (Syarat fasa 1)
- Mmepunyai minimum simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
- Menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak bank
- Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KHAS FSA2
Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI
Buat masa ini, ahli/ pencarum KWSP mempunya 3 pilihan institusi perbankan bagi mohon pengeluaran FSA2 KWSP seperti dibawah :
- MBSB Bank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- CIMB Bank
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan lengkap maklumat.
The post FSA2 KWSP : Pengeluaran Khas Serendah RM3,000 Dibenarkan appeared first on Carianterbaru.