iSejahtera : Program Bantuan Kewangan khas ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, terdapat banyak inisiatif bantuan yang disediakan melalui program iSejahtera bagi memberi manfaat kepada rakyat negeri.
ISEJAHTERA : PROGRAM BANTUAN KEWANGAN
Pihak kerajaan negeri telah menyediakan sebuah portal yang dikenali sebagai isejahtera yang mengandungi pelbagai jenis bantuan kebajikan. Perlaksanaan program istimewa ini adalah bagi membantu rakyat negeri bagi mengurangkan beban kos sara hidup.
Permohonan dibuka kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan pada tahun ini. Dengan adanya insentif tambahan ini, kerajaan yakin dapat membantu rakyat terutama berada dalam kelompok kurang berkemampuan.
Antara jenis bantuan kebajikan yang ada dalam program iSejahtera adalah seperti berikut :
- Program Bantuan Ibu Tunggal
- Bantuan sumbangan penghargaan warga emas
- Bantuan suri rumah
- Program bantuan OKU
- Program anak emas
- Bantuan teksi dan bas sekolah.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN ISEJAHTERA
Berikut adalah beberapa kriteria asas syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Menepati kriteria kelayakan jenis bantuan yang dimohon
- Berdaftar di dalam suruhanjaya pilihan raya (SPR) sebagai pengundu di negeri Pulau Pinang
- Berada dalam golongan memerlukan dan kurang berkemampuan.
Nota : Setiap bantuan kebajikan di dalam program iSejahtera mempunyai kadar bantuan dan syarat kelayakan yang berbeza. Setiap individu perlu menepati kriteria yang telah ditetapkan sebelum kemukakan permohonan.
PANDUAN CARA MOHON PROGRAM BANTUAN ISEJAHTERA
Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan boleh dilakukan pada tahun ini selagi kuota masih dibuka. Panduan cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman pautan rasmi bantuan – iSejahtera
Untuk memudahkan urusan semakan borang permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan diri dan dokumen sokongan yang berkaitan dengan bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.
The post iSejahtera : Program Bantuan Kewangan Untuk Yang Berkelayakan appeared first on Carianterbaru.