MyKasih 2024 : Bantuan Tambahan kini telah mula dikreditkan secara bulanan kepada penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini. Inisiatif khas ini merupakan sebuah bantuan dibawah Belanjawan 2024.
MYKASIH 2024 : BANTUAN TAMBAHAN
Untuk pengetahuan umum, pihak kerajaan telah bersetuju meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun 2024 kepada penerima sedia ada STR. Bukan itu sahaja, program bantuan tambahan ini juga telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR.
Kadar jumlah dan tambahan kategori juga telah dinaikkan bagi pemberian tahun ini kepada mereka yang menepati kriteria kelayakan. Jumlah ditingkat kepada RM1,200 berbanding tahun lalu dan penambahan kategori bujang, warga emas dan isi rumah juga akan mendapat manfaat dari bantuan ini.
Bagi makluman, pemberian bantuan khas SARA ini tidak diberikan secara tunai. Bantuan akan diagihkan setiap bulan pada kadar RM100 dan RM50 ke dalam mykad setiap penerima.
MANFAAT & KELEBIHAN BANTUAN MYKASIH 2024
Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan, mereka boleh menggunakan amaun tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar. Dengan adanya insentif istimewa ini dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai kepada rakyat.
Program pemberian subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah ini telah dilancarkan berperingkat bermula 22 Januari 2024. Pengkreditan secara berperingkat setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024 pada kadar RM100 dan RM50, kadar ditentukan mengikut kategori kelayakan.
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH
Dibawah adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan tambahan MyKasih SARA tahun 2024 seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Penerima STR bagi kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus miskin dan miskin tegar di bawah eKasih atau JKM
- Penerima STR bagi kategori bujang berstatus miskin atau miskin tegar di bawah eKasih atau JKM
- Penerima STR bagi kategori isi rumah bukan berstatus miskin atau miskin tegar
- Penerima STR bagi kategori bujang dan warga emas bukan berstatus miskin atau miskin tegar.
Nota : Pembayaran bagi kategori berstatus miskin tegar telah dilaksanakan berperingkat pada kadar yang dinyatakan diatas. Untuk pembayaran kategori berstatus bukan miskin dan miskin tegar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH SARA 2024
Sekiranya anda merupakan penerima STR, semakan sama ada layak atau tidak mendapatkan manfaat daripada pemberian bantuan tambahan ini boleh dilakukan secara online. Untuk semakan status sama ada layak atau tidak, sila layari laman rasmi – MyKasih (SARA)
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.
The post MyKasih 2024 : Bantuan Tambahan Untuk Penerima STR appeared first on Carianterbaru.