MyKasih : Kategori Penerima Bantuan pada kadar RM300 dan RM150 telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah merupakan sebahagian insentif dibawah Belanjawan 2024.
MYKASIH : KATEGORI PENERIMA BANTUAN
Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun 2024 telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Program Mykasih SARA ini adalah insentif lanjutan Sumbangan Tunai Rahmah di bawah Belanjawan MADANI kedua.
Pemberian bantuan khas SARA ini disedia dan dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang bertujuan memenuhi keperluan barangan asas. Bantuan khas ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit ke dalam akaun dan mykad.
Apa yang menarik adalah kategori penerima bantuan khas mykasih bagi sesi tahun ini telah ditambah berbanding tahun lalu hanya untuk mereka yang berstatus miskin tegar sahaja. Tahun ini, kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang bukan berstatus miskin juga akan menerima manfaat yang disediakan.
KADAR BANTUAN MYKASIH MENGIKUT KATEGORI
Jumlah kadar bayaran bantuan sumbangan asas rahmah pada tahun ini telah ditetapkan mengikut kategori seperti di bawah :
KATEGORI MISKIN DAN MISKIN TEGAR
- Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan : RM1,200
- Penerima STR kategori bujang : RM600
BERSTATUS BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR
- Penerima STR kategori isi rumah : RM300
- Penerima STR kategori warga emas dan bujang : RM150
TARIKH JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2024
Untuk makluman, pengagihan bayaran bantuan istimewa mykasih SARA ini dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan. Untuk kategori miskin/ miskin tegar di negeri semenanjung, pengkreditan disalurkan setiap bulan pada kadar RM50 dan RM100 bermula Januari sehingga Disember 2024.
Manakala untuk negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima insentif ini sebanyak 2 kali bayaran pada kada RM600 pada bulan Februari dan Ogos 2024. Untuk bayaran bagi kategori bukan berstatus miskin tegar akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH 2024
Kepada penerima sedia ada STR, kalian boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA ini. Panduan lengkap dan semakan boleh dilakukan secara online, sila layari laman portal rasmi – MyKasih SARA
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan bantuan bagi meringankan beban rakyat terutama yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.
The post MyKasih : Kategori Penerima Bantuan RM300 & RM150 appeared first on Carianterbaru.