MySARA : Bantuan Tambahan RM1200 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada bulan hadapan kepada penerima STR. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini adalah merupakan bantuan tambahan yang diberikan pada tahun 2024.
MYSARA : BANTUAN TAMBAHAN RM1200
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2024. Apa yang lebih menarik adalah kadar bantuan dinaikkan kepada RM1200 berbanding RM600 tahun ini.
Pemberian insentif SARA ini diberikan secara automatik kepada rakyat yang berkelayakan tanpa perlu membuat permohonan. Pada tahun 2023 hanya kategori isi rumah miskin tegar yang layak menerima, manakala tahun hadapan pula telah diperluaskan dan diberikan kepada sekitar 700,000 penerima STR.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN MYSARA
Seperti sedia maklum, kaedah pemberian insentif tambahan ini diberikan secara pengkreditan ke dalam Mykad penerima STR. Nilai bantuan yang diberikan bukan dalam bentuk tunai, amaun tersebut boleh digunakan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas.
Dengan adanya insentif istimewa ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Apa yang menarik adalah kategori bujang dan warga emas juga bakal menerima manfaat dari insentif tambahan ini.
JADUAL PEMBERIAN BANTUAN MYSARA 2024
Dibawah adalah jadual bayaran bantuan tambahan SARA yang akan dikreditkan secara berperingkat seperti berikut :
- Fasa 1 (Januari 2024) : RM100
- Fasa 2 (Februari 2024) : RM100
- Fasa 3 (Mac 2024) : RM100
- Fasa 4 (April 2024) : RM100
- Fasa 5 (Mei 2024) : RM100
- Fasa 6 (Jun 2024) : RM100
- Fasa 7 (Julai 2024) : RM100
- Fasa 8 (Ogos 2024) : RM100
- Fasa 9 (September 2024) : RM100
- Fasa 10 (Oktober 2024) : RM100
- Fasa 11 (November 2024) : RM100
- Fasa 12 (Disember 2024) : RM100
Semua pengagihan bantuan SARA akan dijalankan secara pengkreditan ke dalam akaun Mykad.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh menyemak sama ada layak atau tidak menerima insentif ini. Untuk semakan panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.
The post MySARA : Bantuan Tambahan RM1200 Dikreditkan Berperingkat appeared first on Carianterbaru.