MySTR : Jangkaan Bayaran Bantuan Tunai STR fasa 3 disalurkan sebelum sambutan perayaan Aidiladha pada tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif khas Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan sebahagian bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024.
MYSTR : JANGKAAN BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 3
Bagi pengetahuan umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama dan fasa kedua telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Bagi sesi tahun 2024, pembayaran STR hanya berbaki 2 fasa sahaja lagi.
Pemberian bantuan tunai STR pada tahun ini memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia. Kategori penerima yang terlibat adalah belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah dari kumpulan B40 dan M40.
Bagi fasa berikutnya iaitu fasa ketiga (3) jangkaan bayaran akan disalurkan berperingkat sebelum menyambut perayaan aidiladha. Perkara ini dirujuk pada pembayaran fasa 3 tahun lalu yang diberikan pada bulan yang sama, segala maklumat berkenaan tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3
Untuk makluman, jumlah bayaran STR fasa 3 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan tahun lalu, kadar bayaran fasa 3 adalah dari RM100 – RM800. Berikut dikongsikan maklumat rasmi berkenaan jumlah bayaran keseluruhan STR mengikut kategori.
Kadar jumlah keseluruhan pembayaran STR bagi sesi 2024 adalah bermula dari RM350 sehingga RM2,500 setahun. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan penerima dan bilangan tanggungan anak isi rumah seperti di bawah.
KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)
- Tiada anak (0) – RM1,000.
- Bilangan anak (1-2) – RM1,500.
- Bilangan anak (3-4) – RM2,000.
- Bilangan anak (5 keatas) – RM2,500.
ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)
- Tiada anak (0) – RM500.
- Bilangan anak (1-2) – RM750.
- Bilangan anak (3-4) – RM1,000.
- Bilangan anak (5 keatas) – RM1,250.
KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)
- RM350.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)
- RM600.
SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR FASA 3
Semakan status bayaran bantuan tunai STR boleh dilakukan secara online oleh setiap penerima sedia ada. Untuk semakan status atau pendaftaran baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan perpaduan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.
The post MySTR : Jangkaan Bayaran Bantuan Tunai Fasa 3 Disalurkan appeared first on Carianterbaru.