Pembayaran MySTR Fasa 3 : Jadual dan jumlah bayaran bantuan tunai STR pada tahun ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Seperti sedia maklum, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah ini telahpun diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBAYARAN MYSTR FASA 3

Pihak kerajaan perpaduan memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun lalu. Atas keprihatinan kerajaan, pemberian sumbangan STR ini masih terus dilancarkan pada tahun 2024.

Menerusi program khas MySTR, sekitar 9 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat yang ditawarkan dalam bentuk bantuan kewangan ini. Jumlah bayaran bantuan tunai STR telahpun diumumkan adalah sehingga RM2,500 setahun.

Kategori penerima Sumbangan Tunai STR adalah belia bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan. Bagi bayaran fasa berikutnya iaitu fasa ketiga, pengagihan dijadualkan akan disalurkan pada bulan Ogos, namun sekiranya bayaran diawalkan maklumat akan dikemaskini.

JADUAL PEMBAYARAN MYSTR FASA 3

Seperti sedia maklum, bayaran terdahulu bagi fasa pertama dan fasa kedua telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April 2024. Di bawah dikongsikan jadual pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah sesi tahun ini mengikut fasa.

  • MySTR Fasa 1 – Disalurkan bermula 29 Januari 2024
  • MySTR Fasa 2 – Disalurkan bermula 3 April 2024
  • MySTR Fasa 3 – Disalurkan pada Ogos 2024
  • MySTR Fasa 4 – Disalurkan pada November 2024.

Nota : Untuk jadual fasa berikutnya, tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman dari Kementerian Kewangan.

KADAR BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Untuk makluman, kadar jumlah bayaran STR pada tahun ini adalah berbeza mengikut kelayakan setiap kategori penerima. Bagi kategori isi rumah pendapatan dibawah RM2,500 atau B40, bayaran adalah dari RM1,000 sehingga RM2,500 setahun.

Kategori isi rumah pendapatan RM5,000 atau M40, bayaran adalah dari RM500 sehingga RM1,250 setahun. Jumlah bayaran kategori isi rumah ditentukan mengikut bilangan anak dan pendapatan bulanan.

Bagi kategori bujang berumur 21 tahun keatas jumlah bayaran adalah RM350 setahun. Manakala warga emas tiada pasangan pula adalah RM600.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada MySTR, kalian boleh membuat semakan status bayaran setiap fasa dan kemaskini maklumat secara dalam talian. Untuk semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

The post Pembayaran MySTR Fasa 3 : Jadual & Jumlah Bantuan Tunai appeared first on Carianterbaru.