Permohonan Rumah PPR Dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang menepati kriteria syarat kelayakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, skim perumahan ini adalah sebahagian inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan.

PERMOHONAN RUMAH PPR DIBUKA

Program Perumahan Rakyat atau PPR ini adalah merupakan sebuah inisiatif bagi membantu rakyat yang belum memiliki rumah sendiri. PPR telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2002 dan atas keprihatinan kerajaan masih meneruskan projek PPR sehingga hari ini.

Menerusi program istimewa PPR ini ditawarkan khusus kepada mereka yang berada dalam golongan berpendapatan rendah dan B40. Terdapat 2 jenis kategori yang ada dalam program PPR iaitu untuk dimiliki dan untuk disewa pada kadar serendah RM124 sebulan.

Program PPR ini dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH PPR

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi memohon Program Perumahan Rakyat seperti di bawah :

  • Individu/ pemohon dan pasangan berstatus Warganegara Malaysia
  • Permohonan dibuka untuk 18 tahun dan keatas sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Pemohonan dan pasangan belum memiliki rumah sendiri
  • Mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri

CIRI-CIRI ASAS RUMAH PPR

Antara ciri-ciri asas rumah PPR adalah seperti :

  • Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
  • Kawasan bandar : Jenis rumah bertingkat (5 hingga 18 tingkat)
  • Keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • 3 bilik tidur, 1 ruang dapur, 1 ruang tamu dan 2 bilik air
  • Dewan masyarakat
  • Kawasan lapang atau padang
  • Surau
  • Kedai runcit
  • Tadika
  • Kawasan terbuka/ taman riadah
  • Rumah sampah.

PANDUAN CARA PERMOHONAN RUMAH PPR

Bagi mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukaan secara manual dan dalam talian (online). Untuk panduan lengkap cara mohon sila layari laman portal rasmi Program Perumahan Rakyat (PPR) – TEDUH KPKT

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post Permohonan Rumah PPR Dibuka : Serendah RM124 Sebulan appeared first on Carianterbaru.