Program Bantuan eWallet 2024 : Inisiatif khas bernilai RM300 sebulan terus dilaksanakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada golongan memerlukan. Untuk sedia maklum, insentif bantuan istimewa ini dibuka kepada mereka yang pendapatan dibawah RM3,000 sebulan (B40).

PROGRAM BANTUAN EWALLET 2024

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan ewallet berjumlah RM300 sebulan. Insentif tambahan ini boleh didapatkan dalam program bantuan kehidupan sejahtera atau dikenali sebagai bingkas.

Pada tahun 2023, kerajaan negeri Selangor menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga dapat manfaat dari skim bantuan yang ditawarkan ini. Untuk makluman, bantuan istimewa ini tidak diberikan secara tunai, ianya disalurkan dalam bentuk kredit edompet.

Amaun RM300 yang diberikan setiap bulan boleh digunakan dengan membelanjakan untuk tujuan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar. Dengan adanya insentif tambahan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2024

Beberapa syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan bantuan khas bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Berada dalam kumpulan B40 dan miskin tegar
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PROGRAM BANTUAN EWALLET

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat yang diberikan secara percuma ini. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, individu yang memohon disarankan kemukakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan) jika ada
  • Salinan kad pengenalan/ mykid atau sijil lahir (Tanggungan/ anak)
  • Salinan slip gaji/ penyata KWSP (Penjawat awam/ pekerja swasta)
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti (Bekerja sendiri atau tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

The post Program Bantuan eWallet 2024 : Kredit RM300 Sebulan Untuk B40 appeared first on Carianterbaru.