Program Perumahan PPRT 2024 : syarat kelayakan dan panduan cara mohon telah disediakan di halaman ini bagi rujukan umum. Seperti sedia maklum, inisiatif skim perumahan ini telah diperkenalkan dan masih diteruskan pada tahun ini.

PROGRAM PERUMAHAN PPRT 2024

Tahukah kalian, permohonan bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun 2024 telah dibuka kepada yang berkelayakan. Projek PPRT ini adalah sebahagian program inisiatif dibawah skim pembasmian kemiskinan rakyat (SPKR) yang disediakan khusus untuk rakyat yang terjejas.

Skim PPRT ini lebih memfokuskan golongan sasar dari individu dan keluarga yang berstatus miskin dan miskin tegar. Bantuan seperti ini mampu membantu menaikkan taraf hidup dan ekonomi penerima yang layak.

Terdapat 2 kategori yang boleh dimohon dalam program PPRT iaitu membaik pulih rumah dan bina baru bagi menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa. Projek ini adalah sebagai langkah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan sesebuah keluarga.

KATEGORI PROGRAM PERUMAHAN PPRT

Program PPRT disediakan untuk kawasan luar bandar dan kawasan bandar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat dua kategori jenis PPRT yang ditawarkan seperti di bawah.

BAIK PULIH RUMAH

Bagi kategori ini melibatkan 3 perkara penting iaitu penyelenggaraan, penambahbaikan dan requisition.

BINA BAHARU RUMAH

Untuk kategori ini, bantuan bina baru rumah/ tempat tinggal disediakan khusus kepada individu yang tidak memiliki rumah atau menetap di kediamaan yang telah uzur (tidak selamat untuk diduduki).

SYARAT LAYAK MOHON PERUMAHAN PPRT 2024

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Rumah yang diduduki terlalu uzur dan tidak selamat untuk didiami
  • Rumah yang tidak boleh untuk dibaiki
  • Memiliki tanah sendiri (bina baharu)
  • Dapat kebenaran untuk membaik pulih rumah bagi kes bukan tanah sendiri (baik pulih).

PANDUAN CARA MOHON PROGRAM PPRT

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang disedikan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – PPRT 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di laman utama atau sertai group disediakan dibawah untuk info lengkap.

The post Program Perumahan PPRT 2024 : Syarat Layak & Cara Mohon appeared first on Carianterbaru.