Rasmi : Pemberian Bantuan eWallet bernilai RM300 sebulan kini dibuka dan ditawarkan kepada golongan B40, pendapatan RM3,000. Untuk pengetahuan umum, pemberian inisiatif khas ini diberikan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan.

RASMI : PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk ewallet yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau bingkas. Melalui program ini, pemohon yang lulus akan menerima insentif bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

Program khas ini telah diperluaskan dan menambahbaik dari program kasih ibu smart (KISS) dan (KISS IT) Ibu tunggal. Hal ini kerana bukan sahaja golongan wanita malahan seisi keluarga akan dapat manfaat dari bantuan yang ditawarkan.

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan ini adalah bagi meringankan beban mereka yang memerlukan terdiri daripada golongan B40. Kerajaan menyasarkan sekitar 30,000 keluarga akan dapat manfaat dari program bantuan khas ini.

KELAYAKAN PEMBERIAN BANTUAN EWALLET

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi program bantuan khas kehidupan sejahtera ini adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan
  • Golongan B40
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan keatas
  • Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar.

TEMPOH PERLAKSANAAN BANTUAN EWALLET

Untuk makluman, program istimewa ini telah dilancarkan sepanjang tahun ini. Mereka yang menepati kelayakan disarankan kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN

Kepada individu yang berkelayakan, anda boleh kemukakan permohonan secara online menyertai program pemberian khas ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan Kehidupan Sejahtera – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan dijalankan, anda perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan diri, pasangan dan tanggungan yang tinggal bersama.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

The post Rasmi : Pemberian Bantuan eWallet RM300 Sebulan Untuk B40 appeared first on Carianterbaru.