Rumah PPR 2024 : Program Perumahan Rakyat pada kadar harga mampu milik diteruskan bagi sesi tahun 2024 untuk memberi manfaat kepada penduduk. Inisiatif khas berbentuk rumah dibuka kepada rakyat yang belum memiliki rumah sendiri.
PROGRAM RUMAH PPR TAHUN 2024
Program Perumahan Rakyat atau singkatan (PPR) ini adalah sebuah skim untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman. Skim ini dibuka dan diberi keutamaan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah.
Untuk makluman, kerajaan menerusi agensi Jabatan Perumahan Negara dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akan mengendalikan sepenuhnya projek-projek rumah PPR di seluruh Malaysia.
Segala projek dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan serta reka bentuk perumahan kos rendah yang telah ditetapkan. Perkara ini sudah termasuk dalam standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah rumah pangsa (CIS2).
KADAR HARGA RUMAH PPR 2024
Seperti sedia maklum, terdapat 2 jenis kategori yang disediakan dalam program rumah PPR seperti dibawah :
RUMAH PPR UNTUK DISEWA
- Bayaran serendah RM124 sebulan
RUMAH PPR UNTUK DIMILIKI
- Kawasan negeri di Semenanjung Malaysia : RM35,000 seunit
- Kawasan negeri Sabah dan Sarawak : RM42,000 seunit
SYARAT KELAYAKAN MOHON RUMAH PPR
Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi pendaftaran permohonan rumah PPR seperti dibawah :
- Pemohon dan pasangan berstatus Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000
- Berumur 18 tahun dan keatas semasa permohonan dikemukakan
- Pemohon belum pernah memiliki rumah sendiri
- Mematuhi dan mengikut terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri.
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PPR
Kepada kalian yang berkelayakan dan memerlukan rumah pada harga sangat mampu milik, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – PPR (TEDUH KPKT)
Anda juga boleh membuat semakan projek rumah PPR di seluruh negara melalui laman rasmi TEDUH KPKT yang disediakan diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk batuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.
The post Rumah PPR 2024 : Syarat Kelayakan & Panduan Permohonan appeared first on Carianterbaru.