Rumah PPR Untuk Disewa RM280 sebulan telah ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, terdapat projek-projek Program Perumahan Rakyat (PPR) sedang dilaksanakan pada tahun 2024.

PROGRAM RUMAH PPR UNTUK DISEWA

Seperti sedia maklum, Program Perumahan Rakyat atau PPR ini adalah sebuah skim kemudahan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Ini merupakan satu skim bagi untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat tinggal bagi golongan berpendapatan rendah semasa.

Kerajaan Malaysia telah menawarkan sebuah inisiatif khusus untuk golongan B40 bagi menyewa atau memiliki rumah sendiri. Portal yang berfungsi sebagai gerbang one stop centre bagi rakyat yang ingin memohon program perumahan PPR dibawah kendalian Jabatan Perumahan Negara.

Skim Projek perumahan rakyat untuk disewa boleh dimohon oleh mereka yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi perlaksana utama bagi program PPR.

CIRI-CIRI UNTUK RUMAH PPR

Bagi pengetahuan umum, terdapat 2 ciri-ciri kategori iaitu PPR untuk disewa dan PPR untuk dimiliki. Semua unit rumah yang dibina dibawah Projek PPR adalah menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang telah ditetapkan dalam standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah pangsa (CIS2).

Ciri-ciri program rumah PPR tahun ini :

  • PPR untuk Dimiliki : Harga jualan bermula serendah RM40,000 seunit
  • PPR untuk Disewa : Harga sewaan bulanan bermula dari RM250/ RM280 bagi kawasan Sabah dan Sarawak.

Kemudahan asas awam di persekitaran setiap rumah PPR :

  • Surau/ ruang solat
  • Kemudahan OKU
  • Ruang orang ramai/ dewan komuniti
  • Kawasan ruang niaga/ kedai makanan atau runcit
  • Tadika
  • Kawasan lapang atau taman permainan
  • Rumah sampah.

KRITERIA KELAYAKAN ASAS RUMAH PPR DISEWA/ DIMILIKI

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Pemohon serta pasangan adalah merupakan Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas
  • Tidak memiliki rumah sendiri
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000
  • Golongan B40
  • Mematuhi terma dan syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri yang dimohon.

SEMAKAN BUTIRAN LENGKAP PPR & CARA MOHON

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang untuk kemukakan permohonan selagi kuota masih dibuka. Untuk semakan cara mohon dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi PPR – TEDUH KPKT

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Rumah PPR Untuk Disewa RM280 Sebulan : Semak Disini appeared first on Carianterbaru.